Wednesday, 30 May 2012
Semanis Vanila Coklat
Somewhere in this year semua orang tahu cerita yang meletop di TV3 slot Lestari setiap selasa Jam 9.00 malam iaitu 'VANILA COKLAT'. Walaupun bagi aku cite nie sesuai ditonton oleh golongan remaja yg suka cute2 tue tapi aku pun suka jalan citer nie yg agak ringan n romantik sekali hehhehehe...
So sempena episod last drama ni kawan2 aku ajak lepak tengok citer nie sesama pelakonn-pelakonnya...for the info nie 1st time aku wat kerja gila nie semata-mata nak njoy hehehehe kebetulan mr.hubby ms tue ada meeting ngan kengkwn dia so aku follow lah group nie ke sana...if x terpaksalah tgk kat umah layan feeling sengsorg hehhehehe...so nie gambar2 yg sempat aku shot out with my camera...xleh nak amik cantik-cantik sbb ramai lagi yg berebut2 nak bergambar...kira lama gaklah aku tgu nak bergambar...xper asalkan berbaloi...
Nie dengan mama amir...
Cer teka nie geng baik ke jahat hehehhe...
Opsss dapat gak bergambar ngan heroinnye Izara...:)
Ops dengan heronya plak:)
Ok nie last pic so nantikan telefilem VANILA COKLAT k....xsabar nie...hope happy ending jugak le...:)
Tuesday, 29 May 2012
K.E.J.A.D.I.A.N
Pada 25 Mei 2012 bersamaan hari jumaat pukul11.45pagi, aku pergi memberanikan diri untuk wat check pasal senggugut aku nie...selama ini aku ingat normal tapi bila dah sedarkan diri 2tahun kahwin tapi belum ada rezeki nak dapat anak..macam-macamlah bermain difikiran nie risau macam2 penyakitlah tambah plak aku selalu mengalami sakit masa datang period...almost every month nak kena ambil MC emm so aku pun pergi lah di KLINIK KESIHATAN PRESINT 11...Ms nak register pembantu perubatan tanya nak checkup ape then lepas explain kat dia trs dia refer kes aku ke unit susulan...setahu aku unit nie kalu penyakit tue dh berlanjutan tetapi xbaik2..then bila giliran aku tiba aku explain lah kat doc ape yg aku rs and ape yg aku nak tau...doc pun suruh aku baring then bila dia tekan perut dia terkejut aku pun terkejut coz dia kate keras mcm ada yg xkena...trs dia bawak pergi scan...ms scan tulah baru aku nampak ape dalam rahim aku nie..rupanya ni lah punca aku selalu senggugut...FIBROID Sebesar 10cm....ngeri then 20/6/12 aku kena checkup lagi dengan GYNAE putrajaya...aku berharap sangat rawatan yg aku trm nanti boleh wat aku pregnent....YA ALLAH kuatkanlah hati hamba mu ini.....AMIN
Thursday, 10 May 2012
Pelan Ke Intan Wilayah Timur
Untuk makluman 12-20 Mei 2012 saya akan berada disini untuk Kursus Induksi Umum Anjuran JPA...memang betul-betul dah tak sabar nak pergi sana kenapa saya cakap macam tue nanti saya akan update ceritanya selepas sekembalinya daripada kursus insyaALLAH...
Tuesday, 8 May 2012
Bowling MOT 2012
Pada 5 Mei 2012 aritue ofis aku ada buat tournament bowling...so sesaje aku n dua org lagi bagi nama untuk joint aktiviti dorg anjurkan nie...xlist dalam SKT tahun nie ada gak aktiviti yang boleh dimasukkan...nie lah group aku...nama kumpulan GORGEOUS kau hehhehe...
Then sebelum mulanya game our TKSU(O) memulakan balingan pertama:
Nie lah sebahagian peserta yang menyertai game tempoh hari actually nie peringkat bahagian tapi xsmua joint pun:
Tak disangka2 wei aku dapat number 8 daripada 35 peserta pempuan so dpt lah hadiah nie just main suke2 tanpa latihan pun main redah jek:
Then klu nak tau nielah supporter aku sepanjang game hehehhee hubby tercinta:
So cukuplah disini next year insyaALLAH aku nak joint lagi...
Thursday, 3 May 2012
Buah Zuriat
1stly aku nak say so many thanks to my aunty sabariah hassan coz sudi memberi buah ini kepada aku. Actually dia beli buah nie di mekah last month masa pergi menunaikan umrah, sebenarnya aku mmg nak sgt rase keajaiban buah nie coz bila baca kat blog2 tentang keistimewaan buah nie membuatkan aku teruja nak mencuba tetapi memikirkan buah nie sukar nak diperolehi di malaysia so aku simpan jeklah niat aku tue dah sentiasa mendoakan yang terbaik. Tetapi mungkin berkat kesabaran dan kesungguhan aku makcik aku macam tau dan tergerak hati dia nak beli buah nie kat aku bila dia ada kat kota mekah. Bila dia bagitahu yg dia teringat kat aku masa nampak buah nie terus dia beli hanya tuhan saja yang tau mcm mana perasaan aku. Sesungguhnya IA mendengar isi hatiku selama ini...
Then semalam aku n hubby memang bertungkus lumus mengupas buah zuriat tue. Memang benarlah kate org bukan senang nak kopek buah tue. tapi aku mmg kagum ngan semangat suamiku akhirnya tak smpai setgh jam buah yg keras tue dapat dikeluarkan and aku yang tukang merebusnya. Tak sampai 10mnt air rebusan dah bertukar kepada air teh(sudah sedia diminum) so pagi tadi bermulalah ikhtiar kami berdua. Mudahan berjayalah hendakNYA.
Wednesday, 2 May 2012
Labour Day
Nak tau ape aku buat untuk labour day....melawat my best friend yang baru melahirkan baby di taman lagenda mas cheras...sorry la xada gambar...kusyhuk berborak almaklum lama tak berjumpa...seronok bila tengok org ada anak nie...mmg dah rasa complete hidup ni...BTW aku xmudah melatah..maybe nanti masa aku akan tiba jua....amin
1st year in MOT
Emmm dah lama benar xbukak page nie...Baru rase macam semalam aku update status dapat masuk gov...emmm pejam celik rupanya dah pun setahun so nak kenal ngan member-member aku ini dia sebahagian daripada diorang:)
Subscribe to:
Posts (Atom)