Thursday, 30 May 2013

TTC

Urm dah lama tak bukak blog...aku tak tau ape tajuk paling sesuai untuk entry kali ini but maybe entry ni agak touching sikit...
 
Ok bulan ni genap 11 bulan selepas operation tempoh hari..nampaknya masih belum rezeki aku untuk ZURIAT...masih berharap dan berusaha...bila mengenangkan peristiwa yang aku alami ini mungkin boleh aku jadikan sebagai satu ujian yang IA berikan untuk menghapuskan dosa2 lalu...satu kata2 yang aku pegang hingga kini Allah swt tak kan bagi apa yang kita nak tapi IA akan bagi apa yang kita perlu...mungkin sekarang aku nak tapi belum lagi perlu bagi pendapatNYA...tapi tipulah kan tak terasa bila dapat tengok kengkwn sebaya tahun perkhwinan dah beranak pinak...aku redha dan pasrah...
 
Urm...for this month aku kena jalani satu lagi ujian..actually lepas operate aritu doc ada cakap penyakit yang aku alami ni agak sukar untuk memiliki zuriat secara naturaly but aku percaya padaNYA segala kemungkinan akan berlaku...Alhamdulillah bulan ini aku dah mula makan CLOMID iaitu sejenis ubat untuk matangkan telur untuk persediaan IUI...banyak jugak info aku cari pasal IUI ni dan ada yang berkali2 buat pun tak berjaya...nasib aku tak taulah macam manakan...so berserah padaNYA tawakal dan berdoa agar semuanya berjalan lancar...
 
Hope JUN memberi sinar baru dalam hidup ku amin....YA ALLAH permudahkan setiap urusan hambamu ini dan ampunkanlah segala dosa-dosa ku amin....