Tanggal 10.6.2013 mungkin takkan dilupakan dalam hidupku...setelah menunggu selama setahun so tiba juga waktu yang sesuai untuk aku buat IUI...urm maybe ramai yang xde kesukaran mengandung tak tau apa itu IUI. Ok aku terangkan sedikitlah apa itu IUI..sebenarnya iui ni adalah dimana sperma hubby dikeluarkan dan ditapis kemudian disuntik ke rahim isteri (selalunya kepada pesakit yang mengalami kesukaran untuk pregnent naturally adalah salah satu usaha doc utk bagi pregnent), tetapi IUI tak boleh juga dibuat sekiranya telur isteri tidak matang. So doc selalunya akan bekalkan clomid utk besarkan telur dan dipecahkan dengan ubat HCG 36jam sebelum IUI dijalankan.
Bab telur plak aku mengalami kesukaran pada day ke-9 dimana telur hanya membesar 10x11.6mm dimana size untuk buat iui mesti 17mm ke atas. Then doc bagi tarikh scan semula 10.6.2013, tetapi nasib ku baik sbb aku pergi dengar kaunseling IUI tetiba MA tukarkan next scan pada day ke -11 iaitu pada 8.06.2013...memang agak runsing aku hanya ada 2 hari untuk besarkan telur tetapi aku tawakal dan ikhtiar aku minum susu HL dan susu kambing ALKHISHBUN dan alhamdulillah dengan izinNYA telurku membesar dengan jayanya pada day ke-11 dan doc yang scan masa tu terus decide IUI pada 10.6.2013. Then malam 8.06.2013 tu aku di inject ubat HCG bagi mematangkan telurku.
Akhirnya seawal 10.45 pagi sperma hubby berjaya dimasukkan ke dalam rahim ku..kini aku bertawakal dan berdoa agar semuanya dipermudahkan...keputusan boleh dilihat 14hari dari sekarang...hope double LINE is coming huhuhu AMIN....