Monday, 30 September 2013

WALK FOR HEALTH

Hari ini nak cerita pasal walk for health pulak..actually event ni pada hari sabtu 28 September 2013 bermula jam 7.00 pagi (Pendaftaran) dan acara berjalan kaki start jam 8.45 pagi bertempat di Maeps Serdang...event pada hari tu memang agak meriah dengan kehadiran ramai peserta dari agensi kerajaan, ipta/ipts dan orang2 awam bertambah meriah lagi dengan pengacara majlis yang versertail en.helmi..bagi yang tak suka berlari tapi nak bersenam memang aku suggestkan korang buatlah senaman berjalan kaki ni sebab aku ni dikategorikan sebagai pemalas nak berjogging gak lah bukannye ape badan dah makin besar so bila berlari memang akan selalu sakit lutut so aku ambil alternative berjalan kaki percaya atau x aku bermula dengan 1.5km dan up ke 2.5km dan latest 5km dalam masa 3 ari aku perasan seluar jeans dah makin longgar...untuk pengetahuan semua berjalan kaki juga boleh membakar lemak terutama di bahagian pinggang ke bawah kalau tak percaya buatlah dulu :)
 
 Tengok ramaikan yang menyertai event ni :)
 
 
Peserta disajikan dengan breakfast air milo teringat zaman sekolah asal ada sukan mesti van milo datang:)
 
 
ok masa ni semua peserta berkumpul untuk cabutan bertuah dan konsert live dari ezlynn...
 
So berakhirnya event hari tu dengan cabutan bertuah...so sesape nak joint next year boleh lah selalu melawat portal rasmi www.miccos.com.my
 
 

Tuesday, 17 September 2013

Weekend Yang Malang

Huhuhu mode nak update blog tengah datang hihihi...urm nak citer pasal weekend aku minggu ni memang agak malang sikitlah...dari hari sabtu hingga isnin(cuti Malaysia day) dah kena penyakit lama senggugut menyerang huhuhu...setiap kali miss p datang ini lah yang aku alami sampaikan fobia bila tunggu hari miss p datang...entahlah lepas operate buang cyst n endo last year sakit period aku ni makin menjadi2 takkan lah endo aku ada lagi urmmmmm aku belum kuat untuk pergi mengadap doc untuk tahu apa puncanya....nasib aku dapat suami yang prihatin dia lah yang urus makan minum aku sejak aku sakit ni...and today rasa ok lah sikit but janganlah jap2 lagi dia datang lagi huhuhuhu...panadol ubat tahan sakit dah macam coklat dah aku makan memang takut sangat..tapi kalau aku tak makan aku xboleh duduk diam sakit dia hanya Tuhan jek yang tau...hope one day aku jumpa lah penawar penyakit aku ni huhuhu xoxoxoxo...

Thursday, 12 September 2013

***HERO AKU TOMBOY****



Buku ni adalah buku ke-2 yang Berjaya aku habiskan...macam tak percaya tapi kena percayalah urm hampir sebulan gak aku nak habiskan buku ni komen aku tentang buku ni jalan cerita tak adalah romantik sangat tapi memang cute jugaklah jalan ceritanya kisah seorang tomboy yang dikahwinkan disebabkan keterlanjuran berjalan dalam tidur then tertidur dalam bilik salah seorang siswa di asrama lelaki kelakarkan ni synopsis citernya :

Sinopsis:-
Khairul Ezzairy merupakan pelajar yang menitikberatkan soal agama telah menjadi popular kerana kelebihannya yang dapat melihat sesuatu yang paranormal dan telah membantu menyelesaikan kes misteri di universitinya. Kehidupannya yang biasa-biasa saja itu telah berubah setelah bertembung dengan Faz.
Kejadian yang tidak dijangka telah membawa mereka ke alam perkahwinan tanpa rela. Faz yang terkenal dengan gangsterisme dan ego, ada rupa dan kaya memang sangat membenci statusnya yang telah berkahwin apatah lagi dengan si nerd Khairul Ezzairy. Perhubungan Khairul yang baik dengan keluarga Faz akhirnya Berjaya membuatkan Faz menerima Khairul walaupun bukan sebagai seorang suami, tetapi sebagai seorang kawan sehingga suatu insiden berlaku semasa 'bulan madu' pertama mereka.
Semenjak itu, Khairul yang sudah awal-awal lagi jatuh hati dengan Faz walaupun dengan perwatakan Faz yang tomboy itu semakin menyayangi Faz. Faz pula tetap dengan pendiriannya menepis perasaan yang tidak disedari tumbuh itu kerana kebenciannya kepada lelaki 'cinta pertama'nya dahulu. Kepulangan cinta pertamanya untuk menagih kembali kasihnya membuatkan dia semakin stres dan akhirnya mengakui dalam diam yang dia mencintai Khairul tambahan pula apabila mereka hidup sebumbung.
Kehadiran orang baru pula tanpa disedari membuatkan hubungan mereka semakin goyah. Ada yang sayang pada Khairul, ada yang cinta pada Faz. Hubungan mereka bertambah parah selepas perwatakan tomboy Faz yang sering dilindungi daripada keluarga Khairul terbongkar. Masalah demi masalah muncul dan adakah jodoh mereka masih panjang? Berjayakah Khairul menyelamatkan rumahtangga mereka? Ataupun memang mereka tidak ditakdirkan untuk bersama hingga ke syurga?
 
“Apa kau pandang, kau ingat kau dah cukup comel?”

KISAH BEG YANG HILANG

Tanggal 7 Julai 2013 bad date for me tak pernah terjadi pada diri sendiri then bila dah terjadi tu memang jatuh terduduk lah sekejab...6 Julai 2013 ku follow hubby pergi Larkin tengok liga super JDT vs Selangor masa malam tu happylah kan sebab balik dengan kemenangan happy lah sangat masa on the way balik tu masuk jek hiway tayar bus plak pecah memang terkejutlah time tu sebab baru jek nak lelap mata tetiba terdengar letupan kat bahagian belakang bus...tersidailah di jalanan hampir 3jam dari pukul12.00tengah malam hampir pukul4.30 pagi barulah bus dapat bergerak semula...huhuhu memang azab dengan perut laparnya badan dah melekit2...ingatkan kat situ jeklah kejadian sedih yang jadi...sampai di Shah Alam masa pagi tu dah pukul10pagi memang letih sangat so turun bus pun dalam keadaan mamai lagi huhuhu then terus dapatkan kereta balik sampai pakir kereta kat rumah baru Tanya hubby mana handbag ek...hubby cakap dlm bonet kot oklah pergi ambil barang dalam bonet tengok2 memang sah aku dah tertinggal handbag tu dalam bus tu...waaaaaa memang xterkata masa tu lidah kelu xterungkap jadi bodoh sekejap...lepas nak kepastian call driver bus dia cakap xde pun beg yang tggal...tipulahkan klu Nampak handbag dalam tu ada beg duit,handphone n ipad then nak ngaku plak ada dalam bus...memang baiklah org tu..pada awal2 lagi aku memang xsuka driver bus tu ada ke patut nak jimat minyak dia g tutup aircond bus ms tengahari rembang siot jek...sabra lagi tu tapi dah jadi macam ni memang geram sangat lahkan...sampai sekarang masih fobia nak naik bus bawak handbag...huhhuhu Alhamdulillah 2minggu juga recover nak dapatkan balik ic,kad bank n handphone baru...so moral of the story tak guna menangis air mata darah kalau dah tertulis disitu sahaja rezeki kita..cuma kita perlu alertlah dengan diri sendiri and sekarang mana2 pergi memang bawak beg galas senang..memang tak letak merata dah...xoxoxoxo...

Sukan Inter-Agensi MOT 2013

Dah lamanya tak masuk blog sendiri urm almaklumlah busy ngan training untuk tournament bowling and netball so masa banyak habis untuk preparation lah...Actually ini adalah salah satu aktiviti untuk menghilangkan stress ikutkan factor umur memang dah malas nak aktif semua ini tapi disebabkan malas nak fikir TTC so amik keputusan joint jek lah sukan ni...tak sangka plak dari dok main2 tetiba betul2 terpilih sebagai atlet MOT hihihi...


5 September 2013 -Ok ini adalah team netball kami segakkan macam anak darakan hahahah puji diri sendiri siapa lagi nak pujikan...memang aku minat main netball ni dari zaman sekolah lagi yang best tu dari zaman sekolah sampailah sekarang aku memang tak berpeluang nak merasa bermain dalam position lagi memang GK (Gol Kepper) tu dah sebati sangatlah ngan aku urm susahkan jadi org tinggi nasib badan lah...apa2 pun enjoy sgt..kronologi kemenangan kami : semuanya ada 5 game yang perlu dihabiskan, main secara liga kumpul mata menang dapat 2 mata seri 1 mata kalah 0 so game kami bermula dengan JPJ...memang dari awal dah tahu team JPJ memang kuat2 so kami kalah 15-0, game kedua dengan DCA..pun kalah disebabkan mistake kalah tipis 6-4 dan game seterusnya kami nekad nak jugak top 3 tu usaha gigih finally dengan JKJR,PAK N MIROS menang huuureeee...tempat KETIGA milik kami Alhamdulillah...
 

6 September 2013 -Ok cerita pasal bowling pula...kami terdiri daripada 5 team..2 team wanita dan 3 team lelaki semua yang bertanding tempoh hari ada 38 team...banyak tue lane hanya ada 30 sahaja so 8 lane lagi kenalah tunggu untuk bertanding...so team wanita kami kena start kumpulan yang kedua tunggu punya tunggu lastly pukul11malam barulah kami start membaling...masa tu semuanya dah tak menjadi ada yang baling dlm keadaan ngantuk dan ada yang dah fikir nak balik jerk...tapi kalau dah bukan rezeki memang kalah juga so untuk kali ni tak pingat untuk MOT...
 
7 September 2013 - Atlet2 diraikan dalam Majlis Penutup yang diadakan di PICC Dewan A...
 
Sekian, itu sajalah yang dapat diceritakan next entry tgu percutian ke SABAH plak wahhhhh mode holiday dah ni...xoxoxo