Wednesday, 9 October 2013

TRIP SABAH 2013 Part 7 (Jambatan Tamparuli & Rumah Terbalik)

Selepas ke KWM kami pulang ke hotel untuk checkout then terus ke KK...sempat singgah sekali lagi di Pekan Nabalu untuk makan tengahari then baru gerak ke Destinasi seterusnya JAMBATAN TAMPARULI...actually jambatan ni dekat jek dengan exit ke Tamparuli tu...kalau kita trn dari Kundasang ada Nampak terus signboard ke Tamparuli then drive dlm 2km trs jumpa Jambatan tu...bagi aku jambatan tu agak uzur jugak dari segi warnanyalah tapi kualiti dia still ok kot sbb boleh lagi kalau kita naik nak menyeberang sungai tu...ok ni sebahagian gambar yang kami ambil:
 

 
 
Kalau korang lalu jalan ni actually korang akan pusing jek kawasan tamparuli ni then nanti korang akan keluar exit berdekatan bulatan nak ke Rumah Terbalik.di ingatkan jalan ni one way so kereta arah berlainan akan bagi hon untuk jalan dulu so korang kena berhenti sekejap then bila dah xada kenderaan baru boleh jalan k

 
Kemudian selepas kami ke Tamparuli sempat juga singgah jap di rumah terbalik...jarak dari exit tamparuli ke rumah terbalik ni dalam 2km lebih jek...parking kat sana agak terhad then kalau nak masuk bayaran dikenakan RM10.00 Seorg then kalau bawa kamera ada charge extra k...
 

 
Setiap pengunjung ada limit masa k untuk masuk ke sini sebab diorg akan bagi giliran masuk untuk setiap pengunjung so kalau korang dtg tengok dorg dah ttp jalan masuk bermakna korang kena tunggu di next sesi...

 
Kalau korang rasa tak nak masuk pun tak pe korang boleh singgah makan jek kat sini dan diberi juga kebenaran ambil gambar dari luar kalau nak ambil gambar rumah ni...kiranya korang bayar harga makanan sekali dengan pakej ambil gambar lah yerk...tapi tak boleh lah masuk ke dalam rumah ni...

Tuesday, 8 October 2013

TRIP SABAH 2013 Part 6 (Kundasang War Memorial)

Next pick stop kami di Kundasang War Memorial tempatnya betul2 kat belakang bangunan KFC..tempat parking memang banyak fees masuk sini RM2.00/pax jek...sejarah dan kubu pertahanan penjajah di Sabah Pada zaman penjajahan dulu...korang hati2 tau kat sini ada cctv so jangan memetik or pijak rumput2 kat sana kang tak pasal2 kena tangkap dan bayar denda plak...

 
Pintu masuk dan kena jugak mendaki tapi tak lah tinggi mana...
 
 
 
 
Tabik hormat semua:)
 
 
Ok selesai sudah sesi bergambar di KWM ni...kami pun pulang ke hotel untuk checkout memang ngam2 pukul12tghari jugak kami checkout...so bersiap2 perut memang lapar tapi kami decide makan kat Pekan Nabalu jek lah...Next entry Jambatan Tamparuli...
 

TRIP SABAH 2013 Part 5 (Pekan Kundasang)

Bersambung pula selepas Hot Spring Ranau...Patah semula ke Kundasang untuk ke destinasi terakhir iaitu tempat membeli sayur-sayuran dan Kundasang War Memorial...

 
Bunga-bunga pun ada ok....cuma bunga sekuntum cam kat Cameron jek yang tak ada...

Tengok semua buah2 dia fresh sgt....semua nak beli lah...

Kuih cincin kuih amplang semua ada tapi kalu nak ke KK plak tak payah lah beli lagi kot...
 
 
Ini namanya AVACADO...huhuhu....
 
 
Meh sape suka makan sayur jgn tak beli beli banyak2 rm20 untuk 6 paket sayur...siap dia packingkan dalam kotak untuk senang bawak balik...Next entry plak ke Kundasang War Memorial....
 
 
 

TRIP SABAH 2013 Part 4 (Hot Spring Ranau)

Bersambung pula selepas cerita di Pekan Ranau...perjalanan ke Hot Spring Ranau dalam 10KM dari Pekan Ranau dalam Pukul10 lebih kami sampai di Hot Spring masa nak masuk tu keluarkan semula tiket masa kat Kinabalu Park then guna tiket yang sama untuk masuk ke Hot Spring untuk pengetahuan semua tiket ni hanya untuk bermandi manda di kolam air panas sahaja ok kalu nak ke butterfly park, canopy walkway setiap pintu masuk ada fee Nye ok...
 
 
 
Puncak air terjun ni terletak di 3000m lagi ke atas memang tak daya nak pergi kalau masa banyak memang kitorg nak jugak mendaki ke sana...




 
Masih berasapkan...rasa macam wat rawatan steam muka jerk time ni...

 
ok sesape yang banyak masa lagi jangan lepaskan peluang selamat mendaki ala2 telaga 7 langkawi jugak la ni:)

 
Ok dah tamat hihihi....tapi sedih tengok jam dah nak pukul11 pagi hotel belum checkout n nak pergi 2 tempat lagi di Kundasang so kami akhiri lawatan di Ranau di Hot Spring jek xsempat ke Kg.Luanti main ikan...hope ada trip lagi ke Sabah:)

TRIP SABAH 2013 Part 3 (Pasar Besar Ranau)

Bersambung selepas Breakfast di Pekan Kundasang...kami bergerak pula ke Pekan Ranau tujuan asal nak ke Hot Poring Ranau tapi tersalah jalan termasuk kawasan pasar besar Ranau...memandangkan geram tengok sayur2 yang segar bugar tu kami ambil keputusan singgah di pasar tersebut untuk tengok hasil sayuran yang ada di sana...

 
 
 
 
Macam2 diorang jual kat sini...ada ikan kering,kuih-kuih tradisional, ayam untuk ternamakan dan macam2 lagilah...sayur2 kat sini memang murah berbanding Kundasang boleh dapat selonggok RM1.00 jek...then diorg ada jugak jual beras tempatan yang agak murah kat sini yang boleh dpt dengan harga RM10.00 sepeket...selepas pusing2 n beli apa yang patut kat sini terus kami bergerak ke Hot Spring pula...
 

TRIP SABAH 2013 Part 2 (Kinabalu Park)

Bersambung selepas DDCF...lepas makan di Ranau kami singgah kedai runcit untuk beli makanan untuk sebelah malam pula..sebabnya tak nak keluar dah sebelah malam sebab memang Pekan Kundasang pun dah tak ada apa2 disebelah malamnya..kami checkin di Strawberi Gargen Hotel...kata orang tinggal di sini belum rasa betul2 sejuk tapi bagi kami kat sini pun dah betul2 sejuk sehinggakan tarik selimut berbungkus terus hingga ke pagi...Semlm stay kat sini RM130.00 bilik untuk 5 org...ada juga member2 suggest homestay kat area mesilau memang sejuk habis stay situ...maybe next trip nak try sana...

Ok untuk 2nd day di Kundasang kami keluar seawal pukul6.00 pagi semata-mata nak tengok puncak gunung di Kinabalu Park...tapi tak bernasib baik pagi tu hujan lepas n bukit of coz la berkabuskan so yang kami dapat ini jeklah :
 

 
 
 
Kalau cuaca cantik korang boleh tengok puncak dari sini tempat ni tak perlu mendaki hingga ke atas dia terletak sebelah kanan pintu masuk Kinabalu Park sahaja....
 
 
Hujan masa ni dah semakin reda tapi sejuknya ya ampun memang tak tahan dengan anginnya sekali...memang segar time ni belum pukul7 lagi tau:)
 
 
 
 
Lepas dah habis bergambar di KP kami turun ke Pekan Kundasang untuk BF terjumpalah satu kedai makan kat tepi sebelah kanan roundboard kat pekan tu n dapat tengok puncak dari sini...BF aku ari tu just nescafe tarik n mee goreng telur rebus semua rm6.80 huhuhu biasalah tempat tumpuan pelancong...lepas semua dah kenyang kami teruskan perjalanan ke Ranau Plak..ok tunggu cerita di next chapter:)
 

TRIP SABAH 2013 Part 1 (Desa Cattle Dairy Farm)

Assalamualaikum...

Saya nak bercerita pula tentang percutian kami ke Sabah secara berlima :
 
 
 
Trip ni dirancang secara mengejut jugak nak fly bulan 10 kami booking flight tiket dalam hujung bulan 8 kebetulan Malindo tengah buat promo tapi malangnya kami ber5 dapat fly bersama masa pergi jek masa balik lagi 3orang terpaksa pergi naik AA huhuhu sebab tiket murah Malindo dah habis masa buat booking tu...tak pelah kan dah nekad nak pergi bersama so redah jek lah asalkan boleh balik hihihi...Sesampai jek kami di KK kami terus dapatkan kereta sewa kami...sebab nak terus shot ke Kundasang...kami start perjalanan ke Kundasang Pukul10.45 pagi...untuk pengetahuan korang kami ber5 semuanya 1st time ke sana so bab jalan tu memang ada yang guna GPS n ada yang follow signboard...nak ke kundasang korang kena amik jalan kepayan then cross ke jalan Pahlawan then ikut signboard rumah terbalik so dari situ memang dah Nampak jalan ke Kundasang...memang mencabar drive ke Kundasang dalam 60km tu mendaki aje lah sib baik masa kami on the way ke sana lori2 n bus tak berapa banyak...fuh tapi bus kat sana releks jek naik bukit memang laju...jalan ke sama masih cantik dan terjaga lah...cuma cara pemanduan kena hati2 k...
 
 
Sempat jugak kami singgah di Pekan Nabalu...ok Pekan Nabalu ni kira check point pertama sebelum nak sampai Kundasang...kami just singgah cuci mata jerk memang ms ni lapar tapi sebab nak kejar masa nak ke Dairy Cattle Farm kami just singgah kat sini dalam 15 minit jerk....kedai makan melayu saya Nampak ada banyak jugak kat sini...kalau korang nak makan dulu pun boleh sebab jarak ke Kundasang dari sini dalam 15-20 minit jek...
 
 
 
 
 
 
Yeahh huuuu akhirnya tepat jam 2petang kami pun selamat sampai di Desa Dairy Cattle Farm Mesilau Ranau...memang signboard ke sini agak tersorok tips Nye korang sampai jek kat bulatan Pekan Kundasang terus belok ke kiri then jalan terus jerk kat situ ada 3 simpang tapi korg ambil jalan tengah then terus jek lalu jalan tu nanti korang akan lalu kampung2 then jalan berbukit so redah jek jalan tu sampailah korang akan Nampak signboard DDCF ni korang naik jalan yang agak berbatu2 tu barulah korang akan jumpa pintu masuk ke sana...dari Pekan Kundasang Ke DDCF tu dalam 10minit jek...tapi hati2 k memandu...biar lambat asal selamat bila dah smpai pasti korang teruja sesangat dengan view kat sana..ooh lupa tiket masuk ke sini RM4.00 SEORG k...and susu lembu cam kawan saya minum tu RM4.00 Sekotak sodap sangat...perisa coklat:)
 
Then dah balik dari DDCF barulah perut terasa amat lapar kami teruskan juga perjalanan ke Ranau sebabnya stesen minyak n bank2 semua di Pekan Ranau k...so kalau korang drive dari KK ke sana better isi full tank k sebab korang takkan jumpa pump minyak kat Pekan Kundasang...just di Ranau sahaja...nak makan pun di Pekan Ranau banyak sangat pilihan jarak ke Pekan Ranau dalam 10km/15minit drive...
 
 
 
 

BUDGET TRIP BERKUMPULAN KE SABAH

Assalamualaikum...
 
Hye post kali ni saya nak ceritakan budget yang saya dah keluarkan semasa percutian di Sabah pada 4/10/2013-7/10/2013...fly by malindo air masa promo dapat lah rm156 untuk 2 way..di Sabah kami guna khidmat kereta sewa man Sabah ini number contact dorang : Boy (assistant) 0165091373 dan man (owner) 0146585686...kami sewa proton saga untuk 5org sehari RM100.00 so untuk 4 ari 3 malam RM300.00 lah so kalu berlima budget RM60.00 seorang...minyak pula kami spent RM23.00 seorg untuk 3hari boleh cover perjalanan kk-ranau-kk...then konsep tempat tinggal kami pula homestay..buat pertama kali pergi so saya google kat ibilik jerk homestay ni so dapatlah RM135.00/DAY tapi dalam ibilik kita just boleh book tapi lepas selesai pembayaran baru dapat number contact owner rumah so ni number owner rumah bagi Adani Homestay :0105881266..owner ada pesan lain kali kalu nak sewa lagi terus jerk call dia sebab boleh mintak kurang lagi if stay lama...jarak rumah ke Bandar dalam 15-20minit sepanjang perjalanan boleh Nampak menara tun Mustapha, masjid negeri,pesisiran pantai...tapi bagi saya kalu berkumpulan mesti best tinggal sebilik or serumahkan...rumah ni memang selesa sangat banyak kemudahan yang dia sediakan...so nak tengok gambar korang search lah nama homestay tu yerk....kalau sesape yang nak tinggal dibandar plak saya suggest tinggal di Grand M Hotel memang dekat jek nak ke Pasar Malam Kg.Air, Night Market, Gaya Street, Sunday Market n Pasar Filiphine....harga semalam tak silap dalam rm150++ depan dia KFC:)
 
Secara ringkas perbelanjaan saya kat sana dalam RM700++...ini dah termasuk duit kereta,minyak, makan dan shopping....