Wednesday, 13 August 2014

Pengalaman BSP

Assalamulaikum,

Urm seperti tajuk blog yang lepas pasal MGTT sekarang nak cerita pengalaman BSP plak singkatan untuk Blood Sugar Profile...masa nak buat test ni tak perlu amik darah macam selalu checkup tu hanya dihujung jari sahaja...Alhamdulillah mula2 cuak jugak nak buat sebab lepas raya kan sure la banyak makan sepanjang raya memang tak da pantang cuma saya kurangkan air manis banyakkan minum air suam...first time raya kali ni pergi rumah orang minta air masak n standby air masak dalam kereta hihihi...demi anak ibu ibu sanggup buat apa sahaja hihihi...bukan senang nak dapat sorang ni pun so saya betul2 berhati2...ok resultnya yang pertama jeng...jeng...jeng:

8.00 pagi : 4.9 (masih berpuasa)
11.00 pagi : 5.0 (bf roti sandwish wholemeal 2 keping dan air susu low fat)
3.00 petang : 4.6 (tengahari makan nasi+ayam goreng dan air kosong)
8.30 malam : 4.1 (xsempat makan banyak kul4ptg makan laksa sepinggan dan air kosong)

Alhamdulillah doc view result on 31/7/14 its still normal ingat dah lepas la azabnye rupanya kena pula ambil darah HBA1C dan repeat BSP lagi 2weeks means semalam baru buat huhuhu ok ini result kali ke dua:

8.00pagi :4.7 (masih berpuasa)
11.00 pagi : 6.0 (wehuuuu tengah berkursus bf plak lambat sampai makan mee grg mamak+telur+kuih kasui sepotong dan air kopi setgh cawan selebihnya minum air masak banyak2 untuk flash balik apa yang dah telan)
3.00 petang : 5.2(jamuan raya kau so makanan nye nasi putih suku+ayam masak kurma sepotong+ayam masak merah sepotong+sayur dan air sirap)
8.30 malam : 4.1 (hihihihi hasilnya makan kuih jek)

Pasal entry HBA1C next entry yerk....Al-kisahnye next 2 weeks repeat lagi BSP penatnye sayang ibu nanti awak besar awak hargailah ibu yerk ni lah pengalaman sepanjang nak jadi ibu huhuhu......

Thursday, 17 July 2014

PENGALAMAN MGTT

Assalamualaikum,

Harini nak cerita pengalaman buat MGTT...oleh disebabkan saya mengandung ketika berat badan tidak seimbang dan ada keluarga history diabetis nak x nak kena juga buat ujian ni....so far berat badan normal tekanan darah normal hb normal tapiiiiiiii.....result MGTT agak mengecewakan....huhuhu dugaan kan...sekarang kandungan dah 24minggu bila belek buku pink tu sedih mcm2 story ada dan muka surat pun dah habis...16/7/2014 pengalaman pertama minum air gula yang sedap itu...nasib sy kurang balik jatuh pada bulan puasa...pukul10mlm start puasa then kul8pg dah kena g KKIA then ambil darah 1st kul8.20pagi...sempat lagi pergi ceramah penyusuan 2jam then kul10.20pg ambil darah kedua...ada dpt tips dari kawan2 lepas minum air gula tu minum la air masak tapi memandangkan bulan puasa nak minum camner sebab sy memang standby jek kat klinik tu...alkisahnya result FGP (seblm) :4.65(normal) HPP(Slps): 9.69 (xnormal) huhuhuhu....so terpaksa lalui satu lagi ujian BSP plak 30/7/14 ni dah la raya kedua nasib xcuti raya time tu then 31/7/14 jumpa nurse plak....huhuhu nasib la....harap2 BSP normal la letih tau sebab kena pergi ulang alik hospital smpai 4x...so next kita sambung lepas dapat result BSP plak....bye bye.....

Tuesday, 1 July 2014

Cerita Checkup 22 Minggu

Alhamdulillah hari ni checkup untuk 22 minggu sudah....huhuhu to bad 16/7/2014 dah kena minum air gula baru jek nak berangan puasa penuh disebabkan ada keturunan kencing manis terpaksalah ku relakan demi cinta hati di dalam ni....

Result harini semuanya normal alhamdulillah....urm since saya makan omega (sharklee) secara konsisten syukur berat belum naik banyak dan tekanan darah normal, hb normal dan urine pun normal...harap-harap kencing manis nanti pun xda lah....wish me luck.......

Monday, 30 June 2014

Kenangan Yang Berharga

Alhamdulillah syukur kini sudah masuk hari ketiga kita menyambut ramadhan al-mubarak...perasaan tahun ini memang sangat-sangat luar biasa...bersyukur sangat padaNYA diberi peluang bersama janin yang bersia 21minggu ini untuk menyambut ramadhan kali ini...so far masih kuat menjalankan ibadah yang dituntut ini...cuma sebelah malam memang sesangat lah letih...sekarang sejak berbadan dua memang timing tdr pukul10 tu dah kena ready atas katil if x...memang liat nak bangun tidur...sekarang pun dah start sakit-sakit belakang (bb dah mula nak membesar)....apa yang buat saya kuat sepanjang hari di siang hari semasa sahur wajib makan kurma,pati delima,nasi dan lauk2 dan supplement yang saya harus ambil vitamin c dan vitalea (sharklee)...memang amat membantu untuk bertahan sehingga ke petang...semoga anak ibu ni semakin sihat dan bersabar bersama ibu menempuh hari2 yang mendatang....doakan saya dan baby dapat berpuasa sebulan ya:)
Bye Bye....

Tuesday, 24 June 2014

RAWATAN KESUBURAN DI HOSPITAL KERAJAAN

Assalamualaikum....

Ok harini saya nak kongsi sikit cara-cara nak dapat rawatan kesuburan di hospital kerajaan...ramai yang tertanya-tanya terutama kepada pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi belum berjaya pregnant....rata-rata ingin tahu masalah masing-masing tetapi malu...urm jawapan malu yang selalu saya dapat sebab takut dirawat oleh doktor lelaki (memang xdinafi ini risiko sekiranya pergi ke klinik/hosp kerajaan...tetapi kalau mampu bayar kos perubatan beratus2 ringgit pergilah ke swasta...untuk makluman kepada pegawai awam rawatan kesuburan adalah percuma sehingga lah ke prosedur iui....tetapi hanya 3x sahaja ianya percuma...if nak buat iui kali ke-4 kena lah bayar....kos boleh refer or call sahaja hospital yang puan2 nak pergi...

Langkah pertama - Perlu pergi ke klinik kerajaan dahulu dan nyatakan masalah puan dan pasangan...disini doc akan check seperti scan ke n tanya sejarah perkahwinan contoh pernah gugur x, bape lama kahwin...sekiranya semua selesai baru lah puan2 akan direfer ke o&g hospital...disinilah perjalanan bermula...

Langkah kedua - Puan2 akan bawa surat dari klinik ke o&g then kalau puan2 bernasib baik akan dapat tarikh temujanji pada hari yang sama...selalunya doc akan review jek surat klinik tu then akan bagi tarikh baru untuk next appoitment...

Langkah ketiga - Datang semula pada tarikh yang ditetapkan kemudian doc akan scan perut if rahim normal doc akan buat ujian darah day 1 n 21 period (puan2 kena dtg semula ambil drh masa period nantilah)...

Langkah keempat - lepas dah dpt ujian darah ada kemungkinan puan akan buat x-try HSG iaitu alat akan dimasukkan melalui faraj dan akan ditembak cecair ke dalam rahim dan gambar xtry pergerakan cecair akan di ambil...untuk pastikan rahim puan2 ada tersumbat or normal...

Langkah kelima - Puan2 kena datang review report HSG....If normal doc akan bagi clomid untuk membantu telur matang ini pada sesiapa yang kitaranya normal n dibekalkan asid folid dan sebagainya....itu sahaja rawatan yang akan dilakukakan kepada pesakit yang tidak mengalami masalah yang berat...sekiranya puan2 ada masalah ketumbuhan seperti cyst ,fibroid or endo puan2 akan diberi rawatan lain dahulu sebelum langkah ketiga dan keempat....

sekian ini sahaja yang boleh saya coretkan berdasarkan pengalaman saya di hospital kerajaan...tetapi ingat lain doktor lain caranya....

Wednesday, 18 June 2014

FINALLY I'M PREGNANT

Assalamualaikum....


Pejam celik pejam celik sudah pun 6 bulan kita di dalam tahun 2014....dah lama tak singgah disini sebab terlalu banyak yang terjadi pada diri ini sehingga dah tak tau nak mula dari mana hihihi....just to share to my readers...."FINALLY I'M PREGNANT"....Ya sungguh tak diduga....itulah yang ku tunggu selama 4tahun lebih ini finally di awal tahun (feb 2014) disahkan hamil syukur padaMU YA Allah siang malam mendoakan untuk memilikinya....
Perasaan memang tak dapat nak diungkap dengan kata-kata...pada mulanya memang saya ada simpan hajat tahun ini nak mengandung memandangkan treatment endo,cyst n fibroid di hospital sudah menunjukkan saya sudah bebas dari penyakit tersebut itupun memakan masa setahun juga selepas treatment dibuat finally berjaya hamil secara semula jadi....
Macam-macam saya makan n buat sepanjang setahun menanti zuriat ini...last usaha saya mohon kawan yang nak buat umrah last year doakan saya di sana...maybe itu satu juga usaha berjaya...dan supplement yang saya amal hanya dari sharklee...dan last yang saya tau saya ambil folid asid selama 3bulan berturut2 since november 2013 then bulan feb 2014 tablet terakhir habis period saya dah tak muncul....itulah usaha saya...tetapi sebenarnya semuanya atas izinNYA juga....insyaALLAH tanpa ada halangan dan kiranya ia rezeki saya pada 3/11/2014 saya akan bergelar ibu....insyaALLAH gelaran saya untuk anak dah ada "ibu dan ayah:)
Kepada TTCian diluar sana yang membaca blog saya ini bersabarlah k...usaha,doa n tawakal kena seiring baru kita akan perolehi kejayaan insyaALLAH...KUN FA YA KUN...Amin....