Monday, 30 June 2014

Kenangan Yang Berharga

Alhamdulillah syukur kini sudah masuk hari ketiga kita menyambut ramadhan al-mubarak...perasaan tahun ini memang sangat-sangat luar biasa...bersyukur sangat padaNYA diberi peluang bersama janin yang bersia 21minggu ini untuk menyambut ramadhan kali ini...so far masih kuat menjalankan ibadah yang dituntut ini...cuma sebelah malam memang sesangat lah letih...sekarang sejak berbadan dua memang timing tdr pukul10 tu dah kena ready atas katil if x...memang liat nak bangun tidur...sekarang pun dah start sakit-sakit belakang (bb dah mula nak membesar)....apa yang buat saya kuat sepanjang hari di siang hari semasa sahur wajib makan kurma,pati delima,nasi dan lauk2 dan supplement yang saya harus ambil vitamin c dan vitalea (sharklee)...memang amat membantu untuk bertahan sehingga ke petang...semoga anak ibu ni semakin sihat dan bersabar bersama ibu menempuh hari2 yang mendatang....doakan saya dan baby dapat berpuasa sebulan ya:)
Bye Bye....

Tuesday, 24 June 2014

RAWATAN KESUBURAN DI HOSPITAL KERAJAAN

Assalamualaikum....

Ok harini saya nak kongsi sikit cara-cara nak dapat rawatan kesuburan di hospital kerajaan...ramai yang tertanya-tanya terutama kepada pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi belum berjaya pregnant....rata-rata ingin tahu masalah masing-masing tetapi malu...urm jawapan malu yang selalu saya dapat sebab takut dirawat oleh doktor lelaki (memang xdinafi ini risiko sekiranya pergi ke klinik/hosp kerajaan...tetapi kalau mampu bayar kos perubatan beratus2 ringgit pergilah ke swasta...untuk makluman kepada pegawai awam rawatan kesuburan adalah percuma sehingga lah ke prosedur iui....tetapi hanya 3x sahaja ianya percuma...if nak buat iui kali ke-4 kena lah bayar....kos boleh refer or call sahaja hospital yang puan2 nak pergi...

Langkah pertama - Perlu pergi ke klinik kerajaan dahulu dan nyatakan masalah puan dan pasangan...disini doc akan check seperti scan ke n tanya sejarah perkahwinan contoh pernah gugur x, bape lama kahwin...sekiranya semua selesai baru lah puan2 akan direfer ke o&g hospital...disinilah perjalanan bermula...

Langkah kedua - Puan2 akan bawa surat dari klinik ke o&g then kalau puan2 bernasib baik akan dapat tarikh temujanji pada hari yang sama...selalunya doc akan review jek surat klinik tu then akan bagi tarikh baru untuk next appoitment...

Langkah ketiga - Datang semula pada tarikh yang ditetapkan kemudian doc akan scan perut if rahim normal doc akan buat ujian darah day 1 n 21 period (puan2 kena dtg semula ambil drh masa period nantilah)...

Langkah keempat - lepas dah dpt ujian darah ada kemungkinan puan akan buat x-try HSG iaitu alat akan dimasukkan melalui faraj dan akan ditembak cecair ke dalam rahim dan gambar xtry pergerakan cecair akan di ambil...untuk pastikan rahim puan2 ada tersumbat or normal...

Langkah kelima - Puan2 kena datang review report HSG....If normal doc akan bagi clomid untuk membantu telur matang ini pada sesiapa yang kitaranya normal n dibekalkan asid folid dan sebagainya....itu sahaja rawatan yang akan dilakukakan kepada pesakit yang tidak mengalami masalah yang berat...sekiranya puan2 ada masalah ketumbuhan seperti cyst ,fibroid or endo puan2 akan diberi rawatan lain dahulu sebelum langkah ketiga dan keempat....

sekian ini sahaja yang boleh saya coretkan berdasarkan pengalaman saya di hospital kerajaan...tetapi ingat lain doktor lain caranya....

Wednesday, 18 June 2014

FINALLY I'M PREGNANT

Assalamualaikum....


Pejam celik pejam celik sudah pun 6 bulan kita di dalam tahun 2014....dah lama tak singgah disini sebab terlalu banyak yang terjadi pada diri ini sehingga dah tak tau nak mula dari mana hihihi....just to share to my readers...."FINALLY I'M PREGNANT"....Ya sungguh tak diduga....itulah yang ku tunggu selama 4tahun lebih ini finally di awal tahun (feb 2014) disahkan hamil syukur padaMU YA Allah siang malam mendoakan untuk memilikinya....
Perasaan memang tak dapat nak diungkap dengan kata-kata...pada mulanya memang saya ada simpan hajat tahun ini nak mengandung memandangkan treatment endo,cyst n fibroid di hospital sudah menunjukkan saya sudah bebas dari penyakit tersebut itupun memakan masa setahun juga selepas treatment dibuat finally berjaya hamil secara semula jadi....
Macam-macam saya makan n buat sepanjang setahun menanti zuriat ini...last usaha saya mohon kawan yang nak buat umrah last year doakan saya di sana...maybe itu satu juga usaha berjaya...dan supplement yang saya amal hanya dari sharklee...dan last yang saya tau saya ambil folid asid selama 3bulan berturut2 since november 2013 then bulan feb 2014 tablet terakhir habis period saya dah tak muncul....itulah usaha saya...tetapi sebenarnya semuanya atas izinNYA juga....insyaALLAH tanpa ada halangan dan kiranya ia rezeki saya pada 3/11/2014 saya akan bergelar ibu....insyaALLAH gelaran saya untuk anak dah ada "ibu dan ayah:)
Kepada TTCian diluar sana yang membaca blog saya ini bersabarlah k...usaha,doa n tawakal kena seiring baru kita akan perolehi kejayaan insyaALLAH...KUN FA YA KUN...Amin....