1stly thanks to all yang melayari blog saya ni urm lamanya tak update kat sini....last episod pasal BSP kan...alhamdulillah dah habis melaluinya dan result hba1c pun bebas dari kencing manis genatic just gdm sahaja iaitu kencing manis masa mengandung...
Berbalik pada pengalaman menjadi seorang ibu...urm banyak dugaan dan cabaran...aku ditahan di wad sejak kandungan 34w lagi di sebabkan baby ku suspek IUGR...apa tu??? secara ringkas macamni usia kandungan tak sama dengan size bb yang kita kandung masa 34w tetapi baby dlm kandungan nampak macam 31w sahaja...masa tu bb baru 1.64kg....merisaukan sebab aku just boleh kandungkan dia hingga 36w je untuk selamatkan nyawanya sebab aku ada fibroid dan doktor suspek bb kecik disebabkan nutrition yang pergi ke bb berkongsi dengan fibroid tu so apa yang ku makan utk bb dia pun makan juga...
Hanya yang mampu ku berserah padaNYA...dan apa ku buat sepanjang ada kat hospital untuk naikkan berat bb?...huhuhu hari2 aku makan lasagna...hihhihi sebab lasagna ada cheese so aku makan lah dan amat2 membantu 4 ari sebelum operate berat bb dah 2.01kg so doktor cakap maybe boleh naik lagi ni...masa tu memang bersyukur sangat sebab bb tak perlu masuk nicu...
Sepanjang 17hari berada dihospital menanti tarikh bersalin memang sangat2 membosankan...tapi yang best boleh mengumpul banyak pengalaman tengok ibu2 yang sakit nak bersalinlah macam mana rupa orang amik induce lah memang mengerikan tetapi semua tu ku doakan dapat ku merasa juga suatu hari nanti...ku tak serik untuk bersalin lagi seronok n satu pengalaman yang xdpt dibeli dengan wang ringgit...ku berharap dapat merasa pengalaman bersalin secara normal pula nanti...insyaALLAH kita merancang penentunya DIA....
Di hospital kandungan aku di monitor 24jam setiap 4jam nurse datang check jantung bb,check tekanan darah dan paling tak suka kena BSP hari2 huhuhu...nasib badanlah...pengorbanan bukan senang nak jadi ibu...orang kata duduk hospital boleh tidur n rehat tapi aku rasa tak boleh pun buat semua tu asal nak tidur doktor pakar datang nak check asal nak tidur jek nurse datang nak check urmmmm...so malam je lah waktu tidur pun...Alhamdulillah sepanjang berada di hospital suami ku lah peneman setiap petang (waktu melawat jelah):)
ok NEXT ENTRY kita citer pengalaman di labour room plak k...:)