Tuesday, 10 March 2015

PERJALANAN UNTUK MENJADI SEORANG IBU (PART 2)

Ok last entry nak cerita pengalaman dalam labour room kan...ok sehari sebelum nak kena operate doktor bagi ubat keluarkan najis dan kena berpuasa...n the best is dapat giliran pertama so pepagi pukul7 dah kena masuk OT so tak payah puasa lelama....

Malam tu memang xtidur lena kali ni lain sikit rasanya takut,risau dan happy pun ada sebab ini pengalaman pertama nak operate sebab nak bersalin...sebelum tu macam2 cerita ku baca di blog2 orang tentang pengalaman dorang bersalin secara czer totally yelah pengalaman setiap orang tak akan sama...so harini giliran aku plak...

Pepagi lagi encik suami dah standby dekat hospital...mak aku n mertua pun dah standby kat rumah nak datang tapi dorang menyusul kemudian. Ya ALLAH perasaan masa tu sangat2 dihargai dan rasa mcm nak macam ni hari2 boleh tak...menghitung jam nak tunggu nak tengok bb ku...akhirnya tiba masa diusung ke OT Room...memang ramai nak operate pagi tu macam2 orang bukan ibu bersalin je tau...

Duduk dibarisan que ke ot room perut ku di check lagi sekali untuk dapatkan denyutan jantung bb..agak surprise lama gak dorang cari jantung bb alhamdulillah finally jumpa dia masih bernyawa dan normal...then ditolak ke labour room di suruhnya aku duduk kaki lurus kedepan....untuk masukkan ubat epidural...

Memang sakit macam kena tumbuk jek tulang belakang ku doktor yang buat tu doktor lelaki then pembantunya doktor perempuan very2 friendly n sejuk mata memandang sakitnya tak lama just 5mnt je then ku rasa kaki semakin berat dan berat...kemudian dibaringkan semula...masa tu bermulalah operasi potong memotong sangat2 cepat tetiba je aku dah dengar suara bb waaaa....kuatnya dia menjerit dan menangis...masa tu rasa mimpi eh anak aku ke tu doktor terus bawak dia ke dalam untuk dibersihkan aku dengar lagi suaranya menangis2 dan nurse bawa padaku dan tunjuk dan minta ku sebut...ok boy....dia masuk kedalam semula...dlm 3mnt pastu baru dia letak di atas badan ku masa tu doktor masih tengah cuci luka ku dan sesi menjahit dapat ku tatap wajahnya dan cium pipinya...urm rindunya my little boy masa tu....Ya ALLAH terima kasih kerana memberi nikmat ini kepadaku sesungguhnya terhapuslah dosa2 ku...Aminn ya rab....

Lepas dah selesai semua ku di usung kebilik recover plak masa tu dia ajar bb menyusu dan dia panaskan badan kami berdua sebelum menunggu nurse di wad ku datang mengambil kami ke wad pula...pukul10.45pagi ku diusung ke wad n masa tu hubby ikut sama...ok inilah pengalaman ku terlalu cepat just 45mnt dalam OT room dan pukul10.45pg dah pun di wad....