Saturday, 2 February 2013

PULAU LANGKAWI 2013 Part 4

Ok ini 3rd day kami, masih lagi mode mengenali langkawi hehehehe...dan rugilah kalau pergi langkawi tak pergi Makam Mahsuri...sebenarnya banyak mitos aku dengar pasal ni ada yang kata mahsuri bukan dikuburkan disini..so kubur yang ada itu hanya lakonan sahaja sebab tak nak orang apa-apakan beliau so tempat pengkebumian dirahsiakan...tak tau kebenarannya...tapi kalu betul ada logiknya juga..then satu lagi tarikan sekarang wangian mahsuri pun ada dijual disini dengan harga RM18.00 sebotol.


Kemudian kami singgah pula ke Tanjung Rhu untuk lihat keindahan persisiran pantainya...memang sangat menarik dan sebelah tempat kami bergambar ada private resort four season...

 
Selepas berpanas di tepi pantai kami singgah pula ke Wildlife Park...kat sini kita boleh dekat dengan haiwan-haiwan yang dijaga disini. Dipintu masuk ada dibekalkan makanan untuk semua jenis binatang yang ada kat dalam WP ni memang seronok sebab haiwan-haiwan disini begitu friendly tapi ada juga haiwan yang berada dalam kandang dan hanya boleh bagi makan ikut jaring yang disediakan.


Hari ini perjalanan kami berakhir disini jek then kami balik ke hotel dan sambung berjalan lagi ke di sekitar pantai cenang...dalam banyak tempat di langkawi sebelah malam yang paling happening cenanglah...


Friday, 1 February 2013

PULAU LANGKAWI 2013 Part 3


Pada mulanya nak makan tengahari then lepas penat mendaki kami singgah di pantai hitam...di mana pasirnya memang berwarna hitam tapi dah tak banyak pasir hitam yang kami lihat...
 

Selepas itu, kami menuju pula ke kolam air panas...dahlah tengahari memang terasa bahangnya...sesape nak massage kaki pun boleh disini disediakan serta nak bersauna pun boleh....bilik2 sauna ada di sediakan. 


Tempat yang kami paling nanti-nanti ialah GALERI PERDANA memandangkan masa ini kami pergi bukan cuti sekolah mahupun cuti umum so memang senang nak bergambar dan parking pun senang...fuh tak terbayang dek akal betapa seronoknya dapat jadi TUN..boleh dikatakan satu dunia dia telah pergi dan disini jugalah yang kami dapat kenal negara-negara yang kami tak pernah dengar sebelum ini. Tempat ini dibuat untuk menyimpan semua barang-barang yang penah TUN terima sepanjang bergelar PM memang dah boleh buat muzium macam ni sebab terlalu banyak barang yang diterima oleh beliau berdua unik/pelik/cantik semua ada. 



Sebelah petang lepas dah penat menjelajah hampir separuh langkawi kami balik ke hotel dulu rehatkan badan dan bersolat kemudian kami keluar semula untuk menikmati makanan di atas...gerai ni betul2 di belakang airport dan tepi pantai...urm bagi kita yang jrg dpt makan tempat2 macam ni memang seronoklah dan teruja.



sebelah malam pula kami jejakkan kaki ke dataran pula...memang ramai pengunjung disebelah malam dan di hadapan pintu masuk ada juga kedai2 cenderamata dan sebagainya.


Pulau Langkawi 2013 Part 2


Ok hari ini kami pergi ke destinasi seperti berikut :
 
Breakfast kami pagi ni berhampiran dengan simpang ke Under waterwall..
 
Then kami ke Langkawi Cable Car malangnya angin kuat so kami hanya dapat berjalan2 saja di sana..
 
Satu lagi tarikan baru di langkawi cable car ni iaitu cinema 6d. Pengalaman kengkwn yang pernah masuk dorg kate best then memang boleh basahlah masuk sini tapi kami tak dapat nak merasa time ni sebab simulator rosak plak...
 
ini pricenya...
 
Lepas tu kami ke telaga tujuh plak tapi xde lah smpai naik atas just boleh naik smpai ke air terjun jek itupun seksa juga nak habiskan pendakian ini tapi demi nak tengok sendiri cantik ke tidak permandangannya digagahkan juga kaki ini melangkah...