Friday, 1 February 2013

PULAU LANGKAWI 2013 Part 3


Pada mulanya nak makan tengahari then lepas penat mendaki kami singgah di pantai hitam...di mana pasirnya memang berwarna hitam tapi dah tak banyak pasir hitam yang kami lihat...
 

Selepas itu, kami menuju pula ke kolam air panas...dahlah tengahari memang terasa bahangnya...sesape nak massage kaki pun boleh disini disediakan serta nak bersauna pun boleh....bilik2 sauna ada di sediakan. 


Tempat yang kami paling nanti-nanti ialah GALERI PERDANA memandangkan masa ini kami pergi bukan cuti sekolah mahupun cuti umum so memang senang nak bergambar dan parking pun senang...fuh tak terbayang dek akal betapa seronoknya dapat jadi TUN..boleh dikatakan satu dunia dia telah pergi dan disini jugalah yang kami dapat kenal negara-negara yang kami tak pernah dengar sebelum ini. Tempat ini dibuat untuk menyimpan semua barang-barang yang penah TUN terima sepanjang bergelar PM memang dah boleh buat muzium macam ni sebab terlalu banyak barang yang diterima oleh beliau berdua unik/pelik/cantik semua ada. 



Sebelah petang lepas dah penat menjelajah hampir separuh langkawi kami balik ke hotel dulu rehatkan badan dan bersolat kemudian kami keluar semula untuk menikmati makanan di atas...gerai ni betul2 di belakang airport dan tepi pantai...urm bagi kita yang jrg dpt makan tempat2 macam ni memang seronoklah dan teruja.



sebelah malam pula kami jejakkan kaki ke dataran pula...memang ramai pengunjung disebelah malam dan di hadapan pintu masuk ada juga kedai2 cenderamata dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment