Ok ini 3rd day kami, masih lagi mode mengenali langkawi hehehehe...dan rugilah kalau pergi langkawi tak pergi Makam Mahsuri...sebenarnya banyak mitos aku dengar pasal ni ada yang kata mahsuri bukan dikuburkan disini..so kubur yang ada itu hanya lakonan sahaja sebab tak nak orang apa-apakan beliau so tempat pengkebumian dirahsiakan...tak tau kebenarannya...tapi kalu betul ada logiknya juga..then satu lagi tarikan sekarang wangian mahsuri pun ada dijual disini dengan harga RM18.00 sebotol.
Kemudian kami singgah pula ke Tanjung Rhu untuk lihat keindahan persisiran pantainya...memang sangat menarik dan sebelah tempat kami bergambar ada private resort four season...
Selepas berpanas di tepi pantai kami singgah pula ke Wildlife Park...kat sini kita boleh dekat dengan haiwan-haiwan yang dijaga disini. Dipintu masuk ada dibekalkan makanan untuk semua jenis binatang yang ada kat dalam WP ni memang seronok sebab haiwan-haiwan disini begitu friendly tapi ada juga haiwan yang berada dalam kandang dan hanya boleh bagi makan ikut jaring yang disediakan.
Hari ini perjalanan kami berakhir disini jek then kami balik ke hotel dan sambung berjalan lagi ke di sekitar pantai cenang...dalam banyak tempat di langkawi sebelah malam yang paling happening cenanglah...
No comments:
Post a Comment